Ham Radio Deluxe (HRD) ada la satu software percuma untuk windows, program ini menyediakan kawalan computer yang kebiasanya digunakan oleh radio HF. Ham Radio Dulux juga disertakan dengan peta, statellite tracking dan juga digital mode yang lain iaitu Digital Master 780 (DM780) anda boleh muat turun software ini disini .
Untuk tutorial kali ini saya lebih menumpukan kepada software Digital Master 780 yang di sertakan sekali di dalam package HRD ini. Memandangkan kebanyakan rakan amatur di Malaysia ini tidak memiliki Rig HF yang ada dalam senarai software, ini tidak bermakna anda ketinggalan untuk turut serta dalam mode digital di jalur VHF.
Untuk pengetahuan anda band plan amateur 144.000Mhz - 148.000Mhz telah memperuntukan sedikit ruang untuk kita mencuba mode digital ini, yang selalunya sunyi dari kita gunakan berikut adalah chanel list band plan digital yang digunakan di Malaysia.
Warna merah adalah mode digital
Digital Master 780.Digital Master 780 adalah sebuah multi mode digital program yang disertakan dengan mode:
-PSK, QPSK, CW, Domino EX, HELL, MFSK, MT63, OLIVIA, RTTY, THROB
-Buku log elektronik
-Skinning
-Super browser yang memaparkan semua jejak PSK didalam satu Windows
-SSTV dengan mode Scottie dan Martin (lain-lain mode akan ditambah selepas ini)
Fokus utama kita sekarang ni adalah untuk menjalankan software ini untuk radio yang selalu dimiliki oleh operator radio di Malaysia seperti Rig Icom IC- 2200H, Yeasu FT 7800 dan lain-lain lagi.
Peralatan yang perlu anda sediakan.
Anda hanya perlu sediakan adalah sebuah rig atau handy, Antenna tinggi secukup rasa, PC atau notebook tidak mermerlukan Com Port dan sebuah Interface yang dibuat sendiri.
Interface.
Interface anda homebrew sendiri pon boleh atau cari rakan yang boleh buat untuk anda. Disini saya lampirkan sebuah litar yang paling mudah untuk anda buat interface.
Komponen yang perlu anda sediakan.
* 2 x (T1 & T2) 600 Ohm transformers type 9000 RS Number 208-822
* In meter run Screened Cable
* 1x Project Box
* 1x Push on Switch Push Off
* 3x Stereo Jack
Bersambung.....more detail logon to http://perlis.marts.org.my/
0 comments:
Post a Comment